SI PELUKIS WARKAH BERMADAH

Cantik tak semestinya Sempurna,
Hodoh tak Semestinya cacat,
yang baik DiSangka Durjana ,
Yang Jahat diikuti cepat.

jikalau mendung,belum tentu turunya hujan.
Jikalau hujan,belum tentu datangnya petir.
jikalau petir,belum tentu bersaingkan taufan,
jikalau diberi hidayah,sudah tentu Allah terlalu hampir.
selamat datang ke Blog Saya ini ok.. Chil~ =D

Wednesday, 31 August 2011

Queen Control

Kantoi

Seorang lelaki bercerita pada seorang temannya.
"Dulu aku ada segalanya. Wang, rumah besar, kereta - malah, aku juga ada wanita yang cantik. Sekarang dalam sekelip mata, semuanya dah hilang"

"Oh kesiannya. Apa yang berlaku? Kau diisytihar bankrap ke?"tanya si teman penuh simpati.

"Ahh.. tak lah. Bini aku dapat tau.... lol! lol!

warden sengal

Hukuman Mati

Seorang warden penjara mencuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik, gilirannya akan tiba sebentar nanti..
”Jangan takut..daya voltagenya sangat tinggi, lagi pun ia terjadi dalam waktu yang singkat sekali”

Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan yang amat luar biasa kuatnya.... dan perpanjangan..

“Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat yaaa.” katanya

Tak lama kemudian Warden tersebut kembali, dengan selamba ia berkata ..

“Tak ada masaalah yang berlaku, cuma masaalah teknikal saja.., tadi itu rupanya elektrik terputus, maka digunakan LILIN sebagai gantinya, itu sajaaaaa... affraid affraid

isteri misteri

Suamiku
Seorang ibu muda sedang mengadu pada temannya, "Aku terpaksa minta cerai dari suamiku."


 "Kenapa..?" tanya temannya kehairanan. "Habis.., hampir setiap malam kerjanya keluar masuk disko."


 jawab si ibu muda. "OOOOhh, jadi suamimu itu kaki disko lah yer.. ?" tanya temannya lagi. "Bukan 


begitu..,sebenarnya dia ke sana mencari aku !" jawab si ibu muda. clown clown clown



Suami Semak

Pulang Malam

Seorang isteri sangat sedih kerana akhir-akhir ini suaminya sering pulang malam dan dalam keadaan mabuk. Suatu hari ia marah besar kepada suaminya

"Seenaknya saja kamu bersenang-senang di luar, meninggalkan aku sendirian!"

Akhirnya si suami memutuskan untuk mengajaknya ke bar. Sesampainya di sana, si suami memesan minuman keras seperti biasanya, dan memesankan satu gelas untuk isterinya. Ketika si isteri mencoba meminumnya, ia langsung memuntahkannya kembali.

"Minuman apa ini? Isshhhh.. tak enak langsung.. !!" rengus si istri. 

"Tuhlah, makanya jangan dikira aku bersenang-senang di sini...."
huhuhuhuhu sengal gak suami nya 2 

afro lol! lol! lol!

Sakit Jiwa

Jejaka Sempurna

Di salon kecantikan, seorang gadis berkongsi pandangannya tentang jejaka idamannya bersama teman-temannya.

"Jejaka yang ku kawini itu mestilah bersinar apabila berhadapan dengan sesiapa sahaja. Dia mesti pandai bermain muzik dan pandai menyanyi. Dia pandai berjenaka dan disukai ramai. Yang penting, dia mesti selalu berada dirumah!"

Seorang nenek kedengaran perbualan tersebuat dan berkata, "Aduh, senang saja. Beli TV habis cerita!" What a Face







Sakit Jiwa
Di sebuah rumah sakit jiwa, seorang doktor sedang memerhatikan para pesakitnya. Seorang pesakit kelihatan sedang menyeret sesuatu seolah-olah sedang membawa anjing peliharaannya.

Doktor: Apa khabar anjing awak, bawak dia jalan-jalan ye..?
Pesakit: Ini selipar la doktor, ini bukan anjing...
Doktor: Syukurlah kamu sudah sembuh.
Doktor pun berlalu meninggalkan si pesakit. Si pesakit lalu berbisik pada selipar buruk yang diseretnya, "Ha..ha..ha.., kita berjaya menipu Doktor tu kan Blecky...". clown clown






lawak badigol XD

Malas Ke Sekolah

Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”

lawak bahlol (2)

Cermin Mata

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ” Doktor, selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?” “Dah tentu”, jawab doktor. “Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.



B.I

Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer…! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat
bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah
abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.





Anda Tahu Siapa Aku? 

Seorang lelaki sedang asyik memancing di sebuah kolam. Seseorang mendekatinya.”Banyak dapat ikan, kawan?” tanya orang itu.
“Wah, luarbiasa sekali! Semalam saja aku mendapat 30 ekor ikan yang besar-besar.”
“Hm, anda tau siapa aku?” “Tidak,” jawabnya.
“Aku pemilik kolam ini.”
“Dan anda tau siapa aku?” tanya lelaki itu cepat-cepat.
“Tidak.”
“Aku pembohong besar di kota ini.”

lawak bahlol (1)

Panadol

Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”





Seorang Pemburu Dengan Seekor Singa

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”




Mayat

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…





notamati: Sengal gila..XD

Nenek NyanyOK agaknya?

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk

 menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata

“Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. 

“Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku 

tadi..”

notamati: Kalau da tau nyanyok tu,tk pyh la nakberanak lagi..haha..

KEMPEN :Jom Bagi Duit Raya


Apa tujuan kempen ini?

Tujuan aku dah jelas dan nyata, kita akan bagi duit raya kepada orang. HOHO 

"Bro, gua tak ada duit nak bagi kat orang. Gua sendiri pokai."

Relax dulu bro, meh aku nak bagitahu sikit camne caranya. Jangan gelabah, atau kau memang nak mengelak? #sarcasm 

Kempen ini mudah sahaja, ianya berlaku bermula sekarang, sehingga tamat bulan Syawal. Lama tu, sebulan tau. HAHA 

Bagaimana?

Mudah sahaja. Korang cuma perlu ikhlaskan diri untuk klik iklan di setiap blog yang korang lawati, hehe. 

Aku tahu kebanyakkan (baca : mostly) daripada kita semua ni memang malas gila nak klik iklan kat blog orang. Tapi nak orang datang klik iklan kat blog kita kan? #rollingeyes 

Jadi, apa salahnya di bulan raya ini, setahun sekali kita rajinkan diri untuk klik iklan setiap blog yang kita lawati. Tahun ini kita beraya sebagai blogger, jadi mesti kena ada duit raya kan. Walaupun setiap klik itu cuma bernilai beberapa sen, tapi jikalau dikumpulkan dalam masa sebulan, insyaAllah boleh dapat lebih dari RM 2 setiap seorang. Kan? #sengih 

Itu sahaja, mudah dan senang je kan? 

Camne nak join kempen ni bro?

Mudah jugak, korang cuma perlu copy paste entri ini, dan backlink kepada blog yang berkenaan. 

Aku nampak entri ni di blog Keroro. Aku copy dan backlink kepada Keroro 

Bila korang dah join kempen ini, tanamkan sifat amanah dan jujur serta ikhlas dalam diri. Ikhlas memberi duit raya kepada orang lain, tanpa menyatakan korang dah klik iklan si polan sekalian. 

Itu sahaja rasanya, aku tak paksa korang. Korang join dengan kehendak korang sendiri.#senyum 

Selamat berkempen!

notapundek: Aku Harap Korunk Join Kempen ni..Coz,Untuk KEuntungan Korunk Juge..=D

Apa tuh Wordless Wednesday?



Assalamulaikum,hmmmmmmmmmmm..di Sini Saya mempunyai satu keraguan...

Apa la yang aku ragukan sangat..HAHA..Haaaa....Aku tertanya-tanya,Apa tu WordLess

 Wednesday??..tak paham dah ni..(Almaklum lah,aku ini blogger baru..mana la aku tau kan..hehe..)..

Bila aku blogwalking ke blog2 sekian,aku mesti ternampak dan terbace post Wordless

Wednesday..Setiap blog mesti ader post pasal tu..aku heran..hehe..

yang aku pelik tuh, kenapa post tu mesti menamakan Wordless Wednesday??..Kenapa tak Wordless  Sunday ke..Wordless Holiday ke..wordless no Days ke..MESTi ea Wordless wednesday??..

Aku rasa MEsti ada sejarah disebalik post setiap hari Rabu tuh...So,BAGI BLOGGER YANG OTAI2 KE..TOLONG LAH BAGI TAU SEJARAH TENTANG WORDLESS WEDNESDAY INI OK!..

"Harap2 anda semua dapat memberi tunjuk ajar kepada saya..=)"


*notapundek : Nanti aku post entry wordless monday ke..wordless no word ke..post vid jekkhaha..

Monday, 29 August 2011

[tip] macam mana nak tahu perwatakan perempuan

Macam mana kita nak tahu ciri-ciri ataupun perwatakan seorang perempuan ni ek??..
adakah dier mudah di dampingi?adakah dier ni gembeng?adakah die ni peramah.?..
ISh..mesti susahkan?..so,macam mana kita nak tau perwatakkan mereka ni...hehe..OK SAYA SHARE BERSAME.

Perempuan yang peramah

  • Apabila dia sedang duduk keseorangan,dia pasti tidak lekang melihat keadaan sekeliling dia.Kejap tengok kanan,kejap tengok kiri,kejap tengok depan.
  • apabila bercakap dengan membe2 dia,dia lebih suka mendengar perbualan membe die daripada dia menyampok..yang suka menyampok tu,bukan peramah,tuh GEDIK..haha..(Sori klu terasa)hihih..
  • KEbiasaanya,perempuan yang peramah ni mata dia jenis bulat bukan sepet,hehe..bibir dia sederhana besar.

Perempuan Gedik dan berlagak
  • Apabila dia duduk keseorangan dia akan merungut sorang2 tak tentu pasal.Ini tak kena,itu tak kena.
  • Bibir dia muncung macam bibir itik.hheehe..
  • Kalau dia bercakap dengan membe dia,dia jek nak menang,hahaha..tak pon dia akan garu kepala sambil tengok langit..tu simpthom la tuh..
  • kalau berjalan dalam kumpulan.dia yang paling depannnn sekali..haha..
Perempuan (PlayGirl)
  • banyak alasan bila berkata-kata.
  • handphone sampai 3..ish..(nokia gantung kt leher,I-Phone Pegang kt tangan,Sony Letak dalam beg).wuih..
  • bila cakap dengan kita,dia akan tenung mata kita dalam2..
  • bila berbual dalam talifon dengan lelaki(walaupun member),Dia akan cakap macam BAjet AYU..hahaha...
  • bila duduk sorang2,mata melilau lilau jek carik jantan..
Perempuan Gila S*X
  • Kalau berbual dengan lelaki,dia akan merapatkan lagi jarak antara laki tuh,
  • kalau berbual,tangan dia tak reti dok diam.tergoyang2..
  • pakai baju menonjol atau menjolok mata.
  • Kalau berdiri,Dia tak akan dapat berdiri dengan tegak.dia akan membongkok sikit pastu tak leh dok diam ponggong dia.(terkinja-kinja)haha..
perempuan queen qontrol
  • kalau berbual,dia suka keluarkan jari telunjuk dia.
  • mata nya bulat tetapi dia suka tutup mata dia sedikit kalau keseorangan.
  • dekat tangan,Handphone mesti melekat walaupun tidak main mesej.

Pesanan jek :jangan lah carik bini yang queen control,nanti duet kita pon die control..hahaha..

Alhamdullillah.Lega den Dia Selamat.




Fuh..Penat betol aku..
Akhirnya aku Puas Hati..hehe.
Apa yang aku merepek sorang2 ni??hahaha..
Ape yang puasNYa?Wuuu..PUAsss nakk..hehe..

Meyh Ceh Habaq MAi..haha..
Ni lah Blog aku yang baru.walapun wajahnya Hampir Serupa dengan Blog lama.
apakitanakkata.blogspot.com.
hihih....
Sebab ape aku tukar??
Sebab macam2 masalah dah terjadi kat blog lame aku tuh..
button follow ilang..tkley nk Komen Blog org..ish..sadis..
tp tkper..even aku bru nak bermula blogging tahun ni dah macam2 rintangan aku hadapi..
aku tetap akan terus berblogging dan tidak pernah berputus asa dalam blogging ni.


SEBAB AKU AKU SUKA BLOGGING??
PADAHAL AKU NI LEBEH SUKA MELEPAK?

haaaaaaaa...!ni jawapan dier..
  1. Daripada aku melepak tak tentu pasal baik aku ngadap internet,carik artikel sepatotnye pastu share..
  2. Dapat juga lah aku nak meluahkan perasaaan aku kt sini.daripada aku luahkan perasaan aku kuching aku..nti owg kte kite gila pulak?..hahah
  3. Aku suka membaca,sebab tuh aku suka blogwalking..HAHA..

Sunday, 28 August 2011

nabi tak mengaku ummat



FOR man??HAHA..





DALAM amalan kontemporari, perkataan ‘gay’ biasanya menggambarkan orientasi seksual seseorang iaitu berkaitan emosi, romantik, seksual atau tarikan kecintaan kepada yang lain.
Terma homoseksual merujuk kepada kelakuan seksual atau tarikan antara manusia sama jenis
Perkataan ‘gay’ dikatakan berasal daripada bahasa Perancis lama iaitu ‘gai’. Pada peringkat awal, ‘gay’ membawa beberapa pengertian seperti ‘rasa bebas tanpa kerungsingan’, ‘gembira’ atau ‘riang dan suka menunjuk-nunjuk.’
Hari ini, ‘gay’ lebih cenderung membawa maksud hubungan jenis sesama jantina, dipanggil juga homoseksual (liwat), tetapi biasanya ia merujuk kepada lelaki sesama lelaki.
Bukan sedikit mereka yang terbabit dengan aktiviti terbabit, malah di Barat, ia menjadi budaya yang semakin luas pengaruhnya.Tidakkah ia suatu fenomena yang bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia?

Bagaimana Islam melihat situasi ini?
Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar, berkata hubungan seksual luar tabie seperti itu adalah haram dan tergolong dalam dosa besar.
“Di zaman kaum Nabi Luth di tengah padang pasir menjadi lautan kerana mereka suka pada lelaki.
“Walaupun ada perempuan, mereka tidak suka, hanya berminat pada lelaki iaitu sama jenis dengan mereka,” katanya.
Di negara ini, kewujudan kaum gay memang ditolak walaupun tiada perangkaan rasmi.
Laporan Harian Metro mengenai ‘gay jamban’ baru-baru ini menunjukkan homoseksual semakin menular di ibu kota terutama di kalangan belia, pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi, malah pelancong asing.
Lebih teruk apabila mereka tanpa segan dan bersalah turut menjadikan tandas awam di pusat beli-belah sebagai lokasi memadu asmara, bercumbuan atau melakukan hubungan seksual dengan pasangan sejenis.
Tabiat suka kepada pasangan sejenis bermula pada zaman kaum Nabi Luth a.s, apabila mereka tidak cenderung kepada golongan wanita.

Kaumnya lari daripada fitrah. Hidup mereka menentang arus, mengikut nafsu serakah tanpa mempedulikan nilai agama dan kemasyarakatan.

Walaupun Nabi Luth menasihati mereka, ia tidak diterima sedikitpun, sehinggakan tetamu baginda sendiri mahu diusik. Disebabkan itu, mereka ditimpa musibah yang sungguh dahsyat, buminya tenggalam sehingga menjadi lautan.
Kisah ini diceritakan dalam al-Quran melalui beberapa surah, antaranya surah al-Akabuut, an-Naml dan al-Hijr."Dan Nabi Luth juga tatkala ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya?
“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. Bahkan kamu kaum yang jahil.” (an-Naml:54-55)
“Nabi Luth berkata: Di sini ada anak-anak perempuanku, kalau kamu mahu melakukan. Demi umurmu, sesungguhnya mereka membuta-tuli dalam kemabukan maksiat mereka.

“Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. Maka, Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-terbalik dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.” (al-Hijr: 71-74)


Nabi Muhammad bersabda, maksudnya: “Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu adalah perbuatan kaum Luth. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Luth.” (Hadis riwayat Ibn Majah, at-Tirmidzi dan al-Hakim)
Mohd Rani berkata, kisah membabitkan kaum Luth itu tidak boleh dipandang ringan, malah perlu diambil ingatan dan pengajaran semua pihak.“Tetapi sekarang ini orang sudah lupa sejarah kerana kepuasan nafsu semata-mata. Nabi tidak mengaku umat bagi lelaki yang suka kepada lelaki,” katanya.
Beliau berkata, golongan gay tidak boleh dibiarkan, sebaliknya perlu diambil tindakan dengan pendidikan secukupnya.
“Kena tarbiyah dan bagi bimbingan supaya mereka tidak berterusan dalam perbuatan itu. Ajaran agama perlu diberikan secukupnya supaya mereka boleh kembali hidup dan bekerja seperti orang biasa.
“Jangan pula nanti kegiatan itu seperti satu kerjaya yang menjanjikan pulangan lumayan. Mereka perlu diajak dan dibimbing secara khusus,” katanya.
Beliau tidak mempertikaikan kewujudan lelaki lembut dan tidak mempersalahkan mereka kerana perwatakan sedemikian adalah ciptaan Tuhan juga, cuma yang perlu dipastikan ialah tidak terbabit dengan gejala homoseksual.

 “Tuhan menjadikan begitu (lembut) tidak boleh menghina mereka. Tidak semua orang lembut melakukan aktiviti macam itu.

“Menjadi masalahnya ialah mereka diperalatkan golongan lelaki bertubuh kasar untuk melepaskan nafsu,” katanya.
Beliau mengajak golongan yang terbabit dengan homoseksual supaya kembali kepada fitrah kemanusiaan dan segera bertaubat kerana dengan taubat, dosa mereka mudah-mudahan diampunkan Allah
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Salam Muhammad Shukri, berkata secara fitrah setiap manusia ada rangsangan seksual dan secara normal manusia tertarik kepada jantina berlainan jenis.
“Bagi menjaganya, Islam menganjurkan ikatan perkahwinan. Apabila seorang wanita telah berkahwin, suami mempunyai hak dan tanggungjawab sepenuhnya ke atasnya,” katanya.
Menurutnya, gangguan seksual di luar fitrah adalah tidak normal dan manusia perlu berusaha untuk menjauhinya, malah mengikis perasaan sedemikian.
“Kecenderungan sedemikian adalah suatu penyakit. Ia berupa ketagihan atau kegilaan. Kegilaan dan ketagihan sedemikian hanya boleh dihilangkan apabila hukuman berat dijatuhkan ke atasnya selain manusia sendiri mengubahnya,” katanya.



yaAllah..Hodohnye..


APA KITA NAK KATA??

ni manusia ke setan.?

Projek : Kurus Dalam MAsa 2 BULAN???WOw..


Dia ni jadi kurus dalam masa 2 bulan jek..
Fuh gila kental an dier..ape rahsia dia agaknya ek?..
Runsing2..
tp macam tak percayakan..
Baik2 badan dier besar acam tuh..
terus jadi ketol2 macam ni..HIHIH..

Bila saya tengok gambar ni pulak..
saya teringin nak dapat badan macam dieorang..
boleh ke?boleh ke KAU HAQ..??
perghh..kalau la badan aku macam tu..gila best ar...
tapi harap2 aku tk lupa diri pas tuh...



ni Dia..rahsia mEreka..haha..
POLYTHERMAX HARDCORE>.
MEnambahkan Metabolisme dalam badan..
So functionnye..Makanan Cepat HAdam and cepat cerna..(SAMA la kan?)hahaa
Harganya RM190
(wu sapa nak boleh mesej)..
hahahaa..


SO..Bro Can U do it or not??
Can not?Why not??
HAHAHAA...
I trust ma self that i can do it to...
So Projek selama 2 bulan ni..
Go For it!.
GYM im Coming!...

AFTer 2 bulan...saya akan Post lagi akan perkembangan Projek ini..JIka BerHASILl..
APALUNAKKATA haaa....Doakan Saya..semoga berjaya..=)


~luahan hatiku~



Aku...
Siapa aku..
Siapakah aku sebenarnya?..
Tatkalah aku melihat sang Suria,
Aku merasa suamnya cahaya..
ku daki gunung setinggi langit,
Semata-mata untuk mencari siapakah aku....

Kenapa aku..
Aku yang masih berlumuran maksiat..
aku yang kotor dengan Dosa..
kenapa harus begini..
Rakan Seperjuanganku ,tombang dek Dadah Durjana..
Merosakkan Akal Kurniaan..
Aku lah remaja yang mentah Akal..

Hati ni..Selalu tertanya-tanya..
Siapa Diriku sebenarnya..
Aku ingin mendekati Lazatnya Islam..
Tetapi,

Hati ini ibarat ditimpa Bejana yg penuh..
Kelat lidah memerdukan Ayat Suci Mu..
SEBAK..
Kenapa aku tidak boleh mensyahdukanYA.
(-_-)

Allah Hu Robbi.
Tolong hambamu Yang Lemah ini..
Hatiku bernanah dek Dosa-dosa..

Jiwa Ku berdarah Dek Kegelapan yang merasuk..
Imanku Berpuing-puing Dek Godaan Dunia..


Saat aku melihat bulan Purnama..

Ku Didamaikan oleh Syahdu Bayu Senja..
Sang Cengkerik bernyanyi Zikir..
Aku melihat Kegelapan Dunia ini..
Alangkah Besar SiPenciPta Kita..
Besarnya Alam hanya Ditadbir dengan Satu Ungkapan..
"KUn Faya-Kun"..

Malam Lailatul Qadar(malam Seribu Bulan)





LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN
  
    10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Tanda Malam Lailatulqadar


Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

  • - Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
  • - Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.  
  • - Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  • - Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
     Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar...

Jadi kepada Blogger2 semua..Abg Bro menyeru kepada Semua untuk bertungkus lumus mengejar dan mencari malam Lailatu Qadar nanti..bukan malam lailaitul qadar jek kite berIbadah..Tetapi Malam2 yang lain juga perlu.DiGalakkan ..OK..

Semoga Anda Semua BErjaya..Assalamualaikum~..




Apa itu iluminati ??




Assalamulaikum semua,Hari ini kita akan Tahu apa itu dan siapa Ahli2 iluminati ni atau dalam bahasa jawanya,FREEMASON.

Konspirasi Illuminati untuk memuja Iblis

Illuminati adalah suatu pertubuhan rahsia yang terdiri dari beberapa pertubuhan besar seperti Freemasons, Skull and Bones, Bohemian Grove , dan beberapa lagi. Seperti Skull and Bones, hanya orang-orang terpilih untuk menyertai mereka dan biasanya adalah golongan-golongan elite yang akan menjadi golongan pemimpin suatu masa nanti. Skull and Bones berpusat di Universiti Yale , Amerika Syarikat dan di situlah dulu tempat keturunan Presiden Bush sekarang menuntut. Dia , ayahnya hinggakan kepada datuknya adalah bekas pelajar di situ dan kesemua mereka menjadi ahli Skull and Bones.


Pertubuhan-pertubuhan ini menjadikan kemewahan, kemashyuran, kekuasaan dan sebagainya kepada ahli-ahlinya. Dan oleh sebab itu lah ramai dari mereka yang mewah, mahsyur dan memegang kuasa dunia sekarang terutamanya dalam kerajaan Amerika Syarikat. Konsepnya sama apabila seseorang itu membela jin, maka jin itu akan memberi kemewahan, kemahsyuran dan kuasa padanya dan akhirnya dia terus sesat dengan jin tersebut. Dan jangan terkejut, itu lah konsep yang berlaku kepada kuasa-kuasa besar dunia dari dulu hingga sekarang, pengaruh iblis dan syaitan dari golongan jin amat banyak terhadap mereka. Dan ramai juga ahli-ahli ilmuwan yang memiliki kelulusan tinggi termasuk PhD yang menjadi ahli mereka dan menjalankan aktiviti pemujaan syaitan.



kartun HE MAN


Gerakan mereka betul2 secara halus dan teliti, dan kadang2 diselitkan dalam cerita2 kartun untuk kanak2. Saya mahu berikan contoh satu cerita kartun di televisyen yang sudah lama dulu pernah disiarkan tetapi kini disiarkan kembali. Kartun tu ialah ‘He Man, Masters of The universe‘. Saya tidak pasti sama ada itu pengaruh dari illuminati atau tidak, cuma saya mahu kita berhati2 dengan cerita kartun sebegitu yang boleh mempengaruhi minda anak2. Jika anda perhatikan, He Man sememangnya melawan penjahat berwajah tengkorak yang digelar Skeletor. Nampak bagus kan? Tetapi sedarkah kita ketika dia mahu mendapatkan kuasanya itu? He man menyeru “By the power of Greyskull, I AM HE MAN!!!!!! “. Aaa itu lah dialog oleh si He Man tu. Yang jika anda terjemahkan ke bahasa Melayu bermakna , “Dengan kuasa Tengkorak Kelabu, AKU LAH HE MAN!!!”

Nampak di situ He Man menyeru kuasa dari Tengkorak Kelabu, ntah JIN mana lah yang diserunya tu, ih ih ih. Dan begitulah dengan cerita kartun2 lain, waspadalah dan beritahulah anak2 atau adik2 kita tentang bahaya pengaruh di sebaliknya. Kerana konspirasi terbesar dunia menumpukan sasarannya kepada semua golongan termasuklah kanak2 yang masih mudah dilenturkan dan dididik..


video cut dari lagu lady gaga,

Siapa Agaknya ek Ahli-ahli Freemason ni??Rasa-rasanya siapa?Nak tahu Klik Sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SIAPA NAK JADI DEALER TOUPUP

SIAPA NAK JADI DEALER TOUPUP
INI KERJA PART TIME SESUAI PADA SEMUA PERINGKAT USIA>

SINI ADA BLOG YANG BEST.LAI-LAI..=D