SI PELUKIS WARKAH BERMADAH

Cantik tak semestinya Sempurna,
Hodoh tak Semestinya cacat,
yang baik DiSangka Durjana ,
Yang Jahat diikuti cepat.

jikalau mendung,belum tentu turunya hujan.
Jikalau hujan,belum tentu datangnya petir.
jikalau petir,belum tentu bersaingkan taufan,
jikalau diberi hidayah,sudah tentu Allah terlalu hampir.
selamat datang ke Blog Saya ini ok.. Chil~ =D
Showing posts with label lawaksaje. Show all posts
Showing posts with label lawaksaje. Show all posts

Wednesday, 31 August 2011

Queen Control

Kantoi

Seorang lelaki bercerita pada seorang temannya.
"Dulu aku ada segalanya. Wang, rumah besar, kereta - malah, aku juga ada wanita yang cantik. Sekarang dalam sekelip mata, semuanya dah hilang"

"Oh kesiannya. Apa yang berlaku? Kau diisytihar bankrap ke?"tanya si teman penuh simpati.

"Ahh.. tak lah. Bini aku dapat tau.... lol! lol!

warden sengal

Hukuman Mati

Seorang warden penjara mencuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik, gilirannya akan tiba sebentar nanti..
”Jangan takut..daya voltagenya sangat tinggi, lagi pun ia terjadi dalam waktu yang singkat sekali”

Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan yang amat luar biasa kuatnya.... dan perpanjangan..

“Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat yaaa.” katanya

Tak lama kemudian Warden tersebut kembali, dengan selamba ia berkata ..

“Tak ada masaalah yang berlaku, cuma masaalah teknikal saja.., tadi itu rupanya elektrik terputus, maka digunakan LILIN sebagai gantinya, itu sajaaaaa... affraid affraid

isteri misteri

Suamiku
Seorang ibu muda sedang mengadu pada temannya, "Aku terpaksa minta cerai dari suamiku."


 "Kenapa..?" tanya temannya kehairanan. "Habis.., hampir setiap malam kerjanya keluar masuk disko."


 jawab si ibu muda. "OOOOhh, jadi suamimu itu kaki disko lah yer.. ?" tanya temannya lagi. "Bukan 


begitu..,sebenarnya dia ke sana mencari aku !" jawab si ibu muda. clown clown clown



Suami Semak

Pulang Malam

Seorang isteri sangat sedih kerana akhir-akhir ini suaminya sering pulang malam dan dalam keadaan mabuk. Suatu hari ia marah besar kepada suaminya

"Seenaknya saja kamu bersenang-senang di luar, meninggalkan aku sendirian!"

Akhirnya si suami memutuskan untuk mengajaknya ke bar. Sesampainya di sana, si suami memesan minuman keras seperti biasanya, dan memesankan satu gelas untuk isterinya. Ketika si isteri mencoba meminumnya, ia langsung memuntahkannya kembali.

"Minuman apa ini? Isshhhh.. tak enak langsung.. !!" rengus si istri. 

"Tuhlah, makanya jangan dikira aku bersenang-senang di sini...."
huhuhuhuhu sengal gak suami nya 2 

afro lol! lol! lol!

Sakit Jiwa

Jejaka Sempurna

Di salon kecantikan, seorang gadis berkongsi pandangannya tentang jejaka idamannya bersama teman-temannya.

"Jejaka yang ku kawini itu mestilah bersinar apabila berhadapan dengan sesiapa sahaja. Dia mesti pandai bermain muzik dan pandai menyanyi. Dia pandai berjenaka dan disukai ramai. Yang penting, dia mesti selalu berada dirumah!"

Seorang nenek kedengaran perbualan tersebuat dan berkata, "Aduh, senang saja. Beli TV habis cerita!" What a Face







Sakit Jiwa
Di sebuah rumah sakit jiwa, seorang doktor sedang memerhatikan para pesakitnya. Seorang pesakit kelihatan sedang menyeret sesuatu seolah-olah sedang membawa anjing peliharaannya.

Doktor: Apa khabar anjing awak, bawak dia jalan-jalan ye..?
Pesakit: Ini selipar la doktor, ini bukan anjing...
Doktor: Syukurlah kamu sudah sembuh.
Doktor pun berlalu meninggalkan si pesakit. Si pesakit lalu berbisik pada selipar buruk yang diseretnya, "Ha..ha..ha.., kita berjaya menipu Doktor tu kan Blecky...". clown clown






lawak badigol XD

Malas Ke Sekolah

Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”

lawak bahlol (1)

Panadol

Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”





Seorang Pemburu Dengan Seekor Singa

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”




Mayat

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…





notamati: Sengal gila..XD

Nenek NyanyOK agaknya?

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk

 menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata

“Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. 

“Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku 

tadi..”

notamati: Kalau da tau nyanyok tu,tk pyh la nakberanak lagi..haha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SIAPA NAK JADI DEALER TOUPUP

SIAPA NAK JADI DEALER TOUPUP
INI KERJA PART TIME SESUAI PADA SEMUA PERINGKAT USIA>

SINI ADA BLOG YANG BEST.LAI-LAI..=D