SI PELUKIS WARKAH BERMADAH

Cantik tak semestinya Sempurna,
Hodoh tak Semestinya cacat,
yang baik DiSangka Durjana ,
Yang Jahat diikuti cepat.

jikalau mendung,belum tentu turunya hujan.
Jikalau hujan,belum tentu datangnya petir.
jikalau petir,belum tentu bersaingkan taufan,
jikalau diberi hidayah,sudah tentu Allah terlalu hampir.
selamat datang ke Blog Saya ini ok.. Chil~ =D

Monday, 26 September 2011

Renungan Bersama



ASsalamualaikum Warah Matullah HiwabAraqatuh..Selamat petang semua..=)..


Entry ini Berkaitan dengan Renungan Kita bersama Atau lebih kepada Muhasabah Diri..


Allah subhaNAllah BerFirman Yakni : 
 “Wahai Orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha
 (At-Tahrim: 8).

Di dalam ayat ini Allah swt menyeru hamba-hambaNya supaya bertaubat di atas dosa-dosa yang telah dilakukan dengan sebenar-benar taubat. Bukan sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah golongan manusia yang hanya lisannya sahaja melafazkan kalimah taubat sedangkan ia masih lagi bergelumang dengan dosa dan maksiat.

AB nak tanya kepada semua.Pernah tak kita jujur pada diri kita sendiri.Cukup jujur pada diri sendiri sahaja.Pernah Atau tidak?..

Kita Ummat Islam, tetapi selalu tipu diri sendiri..Kenapa AB cakap macam tu?..Sebab,Hati kita selalu berkata."EH ,da masuk waktu solat lah".Hati ingin Solat.Tapi Nafsu cakap."kejap lagi lah solat".then,Sampai la LEka Dan Alpa ..Tak ke tipu diri sendiri..Kita yang merancang diri kita kearah Keburukan,tetapi kita jarang merancang diri sendiri ke atas kebaikkan..Tak ke Gitu?..

Cuba kita renungkan semula,Adakah kita perlu Memakai jubah ke Kelas,Semata-mata kerana kita orang islam?..adkah kita perlu membawa Tasbih Semasa ke pasar?.Adakah kita perlu memakai telekung untuk ke Stesen Bas Dan Sebagainya??

JAWAPANYA,tidak Sama Sekali..Islam Adalah agama yang Sangat mudah dan suci.Cukup lah Bagi seorang mukmin itu menutup aurat dan menjaga pakaiannya,Cukup lah Bagi seorang perempuan itu memakai tudung dan menjaga istana baldunya.cukup lah bagi kita solat 5 waktu,cukup lah bagi kita berpuasa 30 hari dibulan Ramadhan,Cukuplah Bagi kita menjaga percakapan,perbualan,pandangan mata,dan juga tingkah laku..

Tak Susah sebenarnya..Tapi,Yang menjadikan kita susah kerana hati Masing-masing tidak kuat dan Mudah dipengaruhi Nafsu dan Syaitan.Kenapa??..Sebab kita jarang sama sekali mengingati Allah.Hati kita cuma memikirkan Keduniaan dan lupakan Akhirat.

Padahal Akhirat selalu mengingati kita,Dunia selalu lupakan kita.


Itu saja Petang ini..Renungan bersama...
Assalamualaikum.. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SIAPA NAK JADI DEALER TOUPUP

SIAPA NAK JADI DEALER TOUPUP
INI KERJA PART TIME SESUAI PADA SEMUA PERINGKAT USIA>

SINI ADA BLOG YANG BEST.LAI-LAI..=D