Assalamualaikum semua dan salam Satu kudrat....
Hari ini Saya nak Bincangkan tentang : fenomena yang sering berlaku pada ummat akhir zaman ini...
sebelum tu saya nak tanya pembaca semua...
1) Anda didalam bilik anda dan terasa terlalu boring dan runsing.So,anda berfikir untuk jalan ke bilik sebelah (bilik member)..anda masuk sahaja terus terdengar bacaan Ayat-ayat suci Al-quran yang dipasang melalui radio rakan anda itu..apakah tindakkan yang anda buat??
Jawapan pilihan:
a)rasa macam nak belah jek dari situ
b)Stay dulu kejap..dalam 2 minit terus belah..
c)atau buat-buat salah masuk bilik.
d)masuk dan mendengar ayat tersebut dengan tenang.
e)mengejek kawan anda bahawa,mereka ini poyo sangat..tak metal la ape lah..
pilih jawaban mengikut hati anda..tanya diri sendiri ..Siapa diri anda...
OK..
FENOMENA APA PULAK NI????.....
haaaaa....Fenomena yang semakin mengkudis ,semakin hari semakin tragis..
cuba imbas kembali berita-berita yang selalu kita dengar ...
KES BULI DISEKOLAH ,
TERIMA 7 JAHITAN DIKEPALA AKIBAT BULI ,
CALON SPM DI TAHAN SEDANG BERMADU ASMARA ,
BUANG JANIN DARI TINGKAT 3 FLAT,
GANJA JADI ISPIRASI ANAK MUDA,
Semakin menjadi kes-kes yang melibatkan peringkat umur remaja...cuba fikirkan..apa punca sebenar perkara tersebut sering berlaku...seperti diantara kita,tiada lagi batasan atau langkah-langkah untuk mencegah hal-hal sebegini...
BLOGGER SEXTATIC.. Saya pun selalu perasan,apabila buka dashboard saya setiap hari...pasti ada post entry yang berkaitan dengan sex...kenapa ye??...tiada post yang lain ke untuk dipost dalam blog anda?..Jika saya blogger yang berumur 12 tahun..pasti fikiran saya semakin rosak apabila membaca entry post tentang sex saja...seperti tiada lagi entry yang dapat mempositifkan pemikiran saya....(jangan pentingkan bounty blog anda,tapi pentingkan quality blog anda)...Tapi Follower2 saya semuanya entry yang baik-saja..=)...
kenapa ye?..begitu juga difacebook...Hari ini,saya lihat di HOME FB saya..ada Seorang perempuan ni Upload gambanya yang tidak memakai Bra...Apa KEJADAHNYA YE???....apa yang dah berlaku sebenarnya ni???...WEYhhh...Account Facebook ni tidak terhad kepada pengguna bawahan umur twu tak??..jadi budak-budak yang belum akhil baligh pun akan tercemar pandangannya bila nampak gambar macam tu....
KENAPA JIWA KITA RASA TIDAK TENTERAM JIKA MENDENGAR AYAT SUCI AL-QURAN??
- setiap manusia mempunyai hati yang lembut.Jika hati kita dicemari dengan pandangan atau pendengaran yang negatif,hati tersebut akan semakin hitam dan rosak.
- jika hati sudah hitam berdetek, mula lah mempengaruhi seluruh anggato badan kita termasuk lidah (berkata-kata) dan juga otak.
- sebab itu lah,,jika syaitan sudah bersarang didalam dada kita dia akan meronta-ronta terbakar apabila dihidangkan dengan ayat-ayat suci AL-quran.Sebab itu lah bila kita dengar ayat suci,kita sekali terbakar..ibarat cacing kepanasan..
jadi renung-renungkan lah.. Titiskan lah air mata taubat mu,sebelum air mata mu menitis kerana menanggung kesakitan pembalasan akhirat...