SI PELUKIS WARKAH BERMADAH

Cantik tak semestinya Sempurna,
Hodoh tak Semestinya cacat,
yang baik DiSangka Durjana ,
Yang Jahat diikuti cepat.

jikalau mendung,belum tentu turunya hujan.
Jikalau hujan,belum tentu datangnya petir.
jikalau petir,belum tentu bersaingkan taufan,
jikalau diberi hidayah,sudah tentu Allah terlalu hampir.
selamat datang ke Blog Saya ini ok.. Chil~ =D

Tuesday 15 November 2011

Jiwa terbakar bila mendengar bacaan Ayat Suci Al-Quran



Assalamualaikum semua dan salam Satu kudrat....
Hari ini Saya nak Bincangkan tentang : fenomena yang sering berlaku pada ummat akhir zaman ini...


sebelum tu saya nak tanya pembaca semua...


1) Anda didalam bilik anda dan terasa terlalu boring dan runsing.So,anda berfikir untuk jalan ke bilik sebelah (bilik member)..anda masuk sahaja terus terdengar bacaan Ayat-ayat suci Al-quran yang dipasang melalui radio rakan anda itu..apakah tindakkan yang anda buat??


Jawapan pilihan:


a)rasa macam nak belah jek dari situ
b)Stay dulu kejap..dalam 2 minit terus belah..
c)atau buat-buat salah masuk bilik.
d)masuk dan mendengar ayat tersebut dengan tenang.
e)mengejek kawan anda bahawa,mereka ini poyo sangat..tak metal la ape lah..


pilih jawaban mengikut hati anda..tanya diri sendiri ..Siapa diri anda...


OK..
FENOMENA APA PULAK NI????.....


haaaaa....Fenomena yang semakin mengkudis ,semakin hari semakin tragis..
cuba imbas kembali berita-berita yang selalu kita dengar ... 
KES BULI DISEKOLAH ,
TERIMA 7 JAHITAN DIKEPALA AKIBAT BULI
CALON SPM DI TAHAN SEDANG BERMADU ASMARA ,
BUANG JANIN DARI TINGKAT 3 FLAT,
GANJA JADI ISPIRASI ANAK MUDA,


Semakin menjadi kes-kes yang melibatkan peringkat umur remaja...cuba fikirkan..apa punca sebenar perkara tersebut sering berlaku...seperti diantara kita,tiada lagi batasan atau langkah-langkah untuk mencegah hal-hal sebegini...


BLOGGER SEXTATIC.. Saya pun selalu perasan,apabila buka dashboard saya setiap hari...pasti ada post entry yang berkaitan dengan sex...kenapa ye??...tiada post yang lain ke untuk dipost dalam blog anda?..Jika saya blogger yang berumur 12 tahun..pasti fikiran saya semakin rosak apabila membaca entry post tentang sex saja...seperti tiada lagi entry yang dapat mempositifkan pemikiran saya....(jangan pentingkan bounty blog anda,tapi pentingkan quality blog anda)...Tapi Follower2 saya semuanya entry yang baik-saja..=)...


kenapa ye?..begitu juga difacebook...Hari ini,saya lihat di HOME FB saya..ada Seorang perempuan ni Upload gambanya yang tidak memakai Bra...Apa KEJADAHNYA YE???....apa yang dah berlaku sebenarnya ni???...WEYhhh...Account Facebook ni tidak terhad kepada pengguna bawahan umur twu tak??..jadi budak-budak yang belum akhil baligh pun akan tercemar pandangannya bila nampak gambar macam tu....


KENAPA JIWA KITA RASA TIDAK TENTERAM JIKA MENDENGAR AYAT SUCI AL-QURAN??





  1. setiap manusia mempunyai hati yang lembut.Jika hati kita dicemari dengan pandangan atau pendengaran yang negatif,hati tersebut akan semakin hitam dan rosak.
  2. jika hati sudah hitam berdetek, mula lah mempengaruhi seluruh anggato badan kita termasuk lidah (berkata-kata) dan juga otak.
  3. sebab itu lah,,jika syaitan sudah bersarang didalam dada kita dia akan meronta-ronta terbakar apabila dihidangkan dengan ayat-ayat suci AL-quran.Sebab itu lah bila kita dengar ayat suci,kita sekali terbakar..ibarat cacing kepanasan..
jadi renung-renungkan lah..  Titiskan lah air mata taubat mu,sebelum air mata mu menitis kerana menanggung kesakitan pembalasan akhirat...

Tuesday 8 November 2011

[Hukum] BEER tanpa Alkohol









AlImam Qaradawi telah ditanya tentang hukum meminum beer tanpa alkohol maka Imam menjawab:

Islam telah bersepakat bahawa setiap minuman yang mempunyai unsur memabukkan samada banyak atau sedikit hukum meminumnya tetap haram.Apabila arak ini diharamkan kerana mabuk dan unsur yang memabukkan itu adalah alkohol maka sekiranya terdapat di dalam jenis minuman beer yang tidak mempunyai alkohol maka ia tidak menjadi haram dan tidak menajadi kesalahan seorang muslim yang tenang hatinya dengan air itu untuk minum.

Tetapi sekiranya terdapat sedikit alkohol maka hukumnya haram.sekiranya seseorang itu syak terhadap beer itu adakah ia mempunyai alkohol atau tidak,maka hendaklah dia mengelakan minuman tersebut kerana menjaga agamanya.


Apa-apapun,Allah Taala telah memberikan nikmat minum-minuman yang begitu banyak yang status halalnya itu diyakini yang boleh kita meminumnya.(Nukilan daripada Web Imam bersama gubahan dan ringkasan bahasa).


P/s : Kalau namanya pun BEER..Mana ada yang takda Alkohol...Kalau tak ada..tu bukan BEER..tu mungkin..CoCaCola kew..PEpsi ke..hihihih...

Sunday 6 November 2011

Aku Mahu Kau Tahu




Bukan sengaja aku nak sakitkan hati kau wahai perempuan..

Aku juga punyai perasaan...

Cemburu yang sering membuatkan ku sakiti kamu..

Tidak Sedetik pun Benci Dalam Hati ini Untuk mu..

Tiada sedikitpun Kenangan Kita Aku lupakan...

Pantai....

Dirimu...

Sama-sama gelora disebalik imbauan kenangan tentang kita..

Maafkan aku...


awan mendung tak semestinya Hujan..

Ku sakitimu bukan Ta`ruf ku membenci mu...

kau Hidup dalam kebahagiaan..

tanggis hati ku hanya tuhan saja yang tahu..


hanya satu yang tidak dapatku lupakan..
saat jantungku berhenti bila melihat dirimu..


Hukum Persandingan Mengikut perspektif islam







Biasanya bila kita adakah majlis perkahwinan, selalunya ada upacara persandingan mempelai, sama ada belah lelaki atau perempuan. Tapi, apa sebenarnya yang islam telah gariskan mengenai persandingan ini, boleh ker? Tak boleh ker? Haram ker...atau apa hukum persandingan ni sebenarnya. Jom kita baca artikel kat bawah.

1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

[lawak] Sakit mental


Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak..
Doktor : Adakah kamu tahu siapa
 diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : “??$$??

Thursday 3 November 2011

11 Simptom SIwanita terpikat pada SILelaki.



Untuk mengetahui seseorang perempuan itu menyintai lelaki amatlah banyak kerana ianya terpulang kepada individu itu sendiri. Jadi disini saya akan memberikan dahulu 11 langkah sebelum saya mengulas lebih panjang dalam entri yang seterusnya.

1. Dia sering membuat 'eye contact' dengan anda kemudian tersenyum. Jika hanya sekali kemungkinan besar mungkin kerana terdapat tahi mata di muka anda. Namun, jika sering kali dia memberikan senyuman kepada anda, itu bermakna dia merasakan anda seseorang yang menarik dan ingin menceriakan hidup anda dengan senyuman dia.

2. Dia akan cuba mencari cara untuk berborak dengan anda. Dengan cara meminjam alat tulis, bertanyakan soalan ataupun bertanya khabar, sudah cukup bagi dia merasakan kemesraan itu.

3. Ketika dia berborak dengan anda, dia akan nampak gelisah dan resah. Dia akan lebih cenderung bermain-main dengan rambutnya mahupun dengan jarinya kemudian akan kelihatan malu-malu sehinggakan mukanya menjadi merah (blushing). Namun bagi sesetengah perempuan, anda akan nampak dia memberikan perhatian 100% ketika anda bercakap.

4. Dia lebih cenderung untuk melakukan sentuhan terhadap anda seperti menepuk bahu anda, menyentuh tangan anda atau mungkin juga mencubit anda dan bukannya 'body contact' dalam permainan rugbi. Paling tidak pun, si dia akan cuba berada rapat dengan anda.

5. Apabila ditanya sama ada dia suka siapa, dia akan kata, "adalah..." sambil memberikan senyuman. Adakalanya juga dia akan buat anda cemburu dengan mengatakan dia sukakan seseorang yang popular di tempat anda belajar atau bekerja hanya untuk melihat reaksi anda.

6. Dia juga akan bertanya siapa yang anda suka dengan perasaan ingin tahu. Kemudian si dia akan mula mengkritik gadis itu sikit demi sedikit kerana perasaan cemburu terhadap gadis tersebut. Bagi sesetengah perempuan, mereka akan memuji perempuan tersebut sambil memberikan senyuman palsu semata-mata untuk menutup rasa cemburu.

7. Ketika anda dan dia keluar bersama kawan-kawan, dia akan lebih cenderung berjalan di sebelah anda sama ada anda sedar atau tidak.

8. Si dia akan mengharapkan anda untuk mengajaknya keluar dengan mengulang perkataan "bosannye....." atau mungkin bertanya tentang filem terbaru di pawagam. Jika si dia agak terdesak untuk mengajak anda keluar, dia akan menggunakan perkataan "saya belanja".

9. Dia tahu mengenai hal peribadi anda. Dia tahu tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda tidak suka malahan mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda tidak tahu. Dia akan selalu melawat profile anda di facebook. Dalam kata lain, dia ialah seorang 'stalker'!

10. Apabila anda telah mula mendengar cerita daripada kawan-kawannya bahawa dia sering bercerita tentang anda, sehinggakan membuat kawan dia loya, itu bermakna dia amat-amat memuja anda.

11. Dia akan cuba untuk sentiasa bersama anda. Dia akan cuba menjadi yang terbaik untuk anda. Menjadi peneman ketika anda susah mahupun senang. Dia akan cuba untuk menelefon anda atau sekurang-kurangnya sms anda. Jika dia tidak berbuat sedemikian untuk satu hari, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena padanya.

SO TO ALL GUYZ BE ALERT.. HAHAH..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SIAPA NAK JADI DEALER TOUPUP

SIAPA NAK JADI DEALER TOUPUP
INI KERJA PART TIME SESUAI PADA SEMUA PERINGKAT USIA>

SINI ADA BLOG YANG BEST.LAI-LAI..=D